Blogger Backgrounds

3 November 2011

kembali pulang :)


"aku ingin berubah"

suatu hasrat yang seringkali menjadi impian manusia

tatkala sedar dari lamunan yang panjang

terjaga dari tidur yang leka

bertemankan mimpi indah

yang melalaikan .. sehingga manusia

ketinggalan dari sebuah perjuangan menuju Jannah..

namun, beruntunglah bagi mereka

yang masih bernaung di bawah lembayung hidayahNya..

untuk BERTAUBAT..dan kembali ke jalan yang benar..

alhamdulillah..

semoga semua bisikan itu..ingatan itu..ujian itu..menjadi amalan sehingga hujung nyawa..

InsyaAllah..

istiqamahlah duhai hati..

kini,daku kembali pulang..:)


< AKU INGIN BERUBAH >

Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...

ILuvIslam :)

p/s : hidayah dtg bukan selalu..dan bukan jua semua akan mendapatnya..

sekiranya ingatan dariNya menjentik jiwa..

cepat2 la berubah....dan istiqamah..

InsyaAllah..walau sesulit manapun untuk berubah..

dan meninggalkan cara hidup lama..

akan ada bantuan dariNya..:')

yakinlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan