Blogger Backgrounds

2 Oktober 2011

first entry - OCTOBER :)

3 October 2011 (12.55 am)

Sunyi sepi.kenapa? entah. Memang asrama selalu mcm ne.

Unless musim kemuncak assignments.

Alhamdulillah file Language Description siap :D

(ok that’s make me happy!! )

Mata? Menunjukkan ke”aktif” an yang teramat lagi..haha..

Teringat kat blog yang da usang lagi bersarang

Tiba tiba terasa terpanggil untuk menulis

MOTIF?

Well..xda rasanya..just nak tulis2 ja..haha..boring punya pasal la ne =.=’’

Ok fine..mau ckp psl apa ar? Someone, pls give me some idea?hee

Ok..jum ceta pasal…..kawennnnnnn!!~ haha (ok jgn buat2 terkejut sudaaa .hee)

Topic ne dipilih sbb nye…ada org tnya psl ne kt sy..

Bukan SORANG.tp BANYAK.

Smpai naek bosannn !

“ Aina..ko bila lagi..ko ne macam x lama lagi ne..”

Hahha..kdg2 rasa cm mau gelak ja dgr soalan bab2 kawen ne

Ok personally..saya memang MAHU kawen awal..

Sbb penah terbaca satu artikel ne..bila kita da kawen..seolah olah kita da menyempurnakan separuh daripada agama kita


KAHWIN: SEMPURNALAH IMANMU!

KATA-KATA Umar Al-Khatab, menunda perkahwinan bermakna menangguhkan banyak manfaat dinikmati manusia. Oleh itu, jangan takut bernikah kerana dengan izin Allah, ia tidak sulit seperti dibayangkan.

Nabi Muhammad pernah melarang keinginan sahabat yang tidak mahu mendirikan rumah tangga walaupun mereka memberi alasan mahu memberi lebih tumpuan beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah.

Inilah bukti betapa Nabi Muhammad tidak menyukai mereka yang memilih untuk tidak berkahwin walaupun mampu melakukannya dan Baginda tidak mengakui mereka sebagai umatnya. Malah, mereka berdepan dugaan berat mengawal nafsu.

Ini kerana melalui ikatan perkahwinan manusia mengecap nikmat yang membawa kedamaian, menjauhkan maksiat, menghilangkan keresahan hati serta dapat meningkatkan nilai ibadat di sisi Allah.

Bagi saya, x salah menikah awal..

Asal dapat restu dari semua pihak terutama sekali

IBU & AYAH

Kerana redha Allah terletak pada redha mereka..

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Riwayat al-Hakim

And I know my parents very well

They would not let their children to get married before they finish their studies

Terkadang..hati punya rasa dan keinginan untuk

Melunaskan impian kasih bersama si dia yang bertakhta di hati

Dan di situlah..nafsu serakah menghanyutkan kita di dunia yang fana ini

Namus sedarilah !!!

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Memang benar ayat Al Quran di atas.simple.selalu didengari

Tapi kita tetap hanyut dengan perasaan sendiri T.T

Yakinlah janji Allah..

Jaga lah hati.

Walau sesusah mana pun.

Mungkin “seru” yang didamba tu tidak dtg bertandang sekarang.

namun. BERSABARLAH

suatu saat..jika dia memang tercipta untukmu..

pasti korang akan bersama jua

(ceh..jiwang jap .HAHAHA)

Yang penting jaga diri.hati.maruah.IMAN

[ ingatan ini ditujukan KHAS buat saya hehe]

Kepada sahabat2 muslimah di luar sana..

Biarlah kita menjadi “rama-rama” dengan sayapnya yg terang dan indah.

HARGA DIRI KITA, KITA TENTUKAN...

Islam itu mudah dan indah .. ^_^

... ^_^...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan